Friday, February 27, 2009

JANGAN BANYAK KETAWA

Jika kita banyak ketawa di dunia nescaya kita akan lebih banyak menangis di akhirat kelak. Tetapi jika kita menangis di dunia..menangis kerana TAKUTKAN ALLAH.. menangis kerana MENGENANG SEDIKITNYA AMALAN.. menangis kerana MENGENANG BANYAKNYA DOSA..BANYAKNYA MENGANIAYA ORANG LAIN.. menangis kerana rasa KERDILNYA DIRI DI HADAPAN ALLAH..HINANYA DIRI BERBANDING orang LIAN. InsyaALLAH kita akan banyak tertawa di akhirat dengan nikmat ALLAH SWT. Tidak akan dihinggapi api neraka, mata orang yang menagis kerana ALLAH SWT.

Apakah kita sudah bersedia untuk mengadap Khaliq kita, ALLAH Yang Maha Agung? Sedang maut datang tidak kira masa..tidak kira tempat.. Ingin saya berkongsi dengan sidang muslimin dan muslimah yang dihormati sekalian, berkenaan petikan kisah Tangisan Jibril dan RasuLLAH SAW, dari buku berjudul HIDUP SESUDAH MATI, karangan BEY ARIFIN, terbitan PUSTAKA NASIONAL... hayatilah.

DIRIWAYATKAN dari Umar Ibnul-Khattab lah.:
Telah datang Jibril kepada Nabi Muhammad bukan di waktu yang biasanya ia databf, Rasullah lalu berdiri mendapatkan dan berkata:

"Hai Jibril, Kenapa saya melihat engkau berubah warna?" Menjawablah Jibril: "Saya diperintahkan ALLAH datang menerangkan semburan api meraka."

Berkata Rasullah "Terangkan kepadaku keadaan NERAKA dan hal ihwal JAHANNAM." Berkata Jibril "Sesungguhnya ALLAH memerintahkan agar jahannam dinyalakan apinya seribu tahun lamanya, sehingga kerana semakin panasnya maka berubahlah warna apinya menjadi putih. Lalu diperintah menyalakannya seribu tahun, sehingga warna apinya berubah menjadi hitam, hitam yang gelap, sehingga tak bersinar lagi gejolakannya dan tak padam padam bakarnya. Demi Tuhan yang mengutuskanmu dengan kebenaran, kalau dibuakan Jahanam itu sebesar lubang jarum, maka akan TERBAKARLAH BUMI DDENGAN SEGALA ISINYA kerana panasnya. Dan demi tuhan yang mengutusdkanmu dengan kebenaran, sekiranya salah seorang dari penghuni Neraka itu didatangkan ALLAH ke bumi ini, akan MATILAH SELURUH MANUSIA yang mendiami bumi ini dari KEJELEKAN MUKANYA DAN KEBUSUKAN BAUNYA. Demi Tuhan yang mengutuskanmu dengan kebenran, sekiramya satu lingkaran (ring) dari rantai Neraka diletakan di atas sebuah gunung di dunia ini, akan TEMBUSLAH GUNUNG itu sampai ke dasar bumi yang paling bawah."

Maka berkata Rasulullah SAW "Untunglah ya Jibril, jantungku tidak sampai pecah sehingga saya mati mendengarkan keteranganmu itu,"

Rasullah melihat JIBRIL MENANGIS, RASULULLAH TURUT MENANGIS dan berkata "kenapa engkau sampai menangis pula ya Jibril sedang kedudukanmu begitu rupoa disisi ALLAH?" berkata Jibril " keanapa saya tidak menangis, kerana siapa tahu keadaanku dalam ilmu ALLAH tidak seperti yang saya ketahui, dan saya tidak tahu apakah saya tidak akan mengalami cubaan sebagai yang telah dialami oleh IBLIS, sedangkan Iblis itu termasuk golongan Malaikat(tetapi menyeleweng), dan saya tidak tahu apakah saya akan mengalami akan apa yang di alami oleh Malaikat Harut dan Marut."

Maka menangislah Jibril dan menangis pula Rasulullah, Lama keduanya menangis, lalu datanglah seruan dari langit yang berbunti "Hai Jibril, Hai Mugammad, Sesungguhnya ALLAH AZZA WA JALLA telah menjamin engkau berdua tidak akan sampai duharka."

Lalu Jibril naik ke langit dan Rasulullah meneruskan perjalanan beliau sehingga bertemu dengan sekelompok orang orang Ansar sedang bermain dan keta-ketawa, lalu berkata Rasulullah kepada mereka:

:Apakah kamu ketawa-ketawa, sedang dibelakangmu Neraka JAHANAM, sekiranya kamu tahulah aka apa yang saya ketahui, sungguh kamu akan ketawa sedikit dan akan menangis banyak, kamu tak akan makan dan tak akan minum, malah akan menuju ke tempat-tempat tinggi untuk bermohon dan minta perlindungan ALLAH."

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Anas bin Malik: Rasulullah menanya JIbril "Kenapa saya tidak pernah melihat Malaikat Mikail ketawa? Jawab Jibril "Tidak pernah Mikail ketawa SEJAK DICIPTA ALLAH NERAKA."

Diterangkan pula bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri pun tak pernah ketawa sejak mengetahui keadaan Neraka. Beliau hanya pandai tersenyum ejak waktu itu. Hanya kita manusialah yang bodoh, sehingga terlalu banyak ketawak terbahak bahak, sekalipun sudah diterangkan demikian hebatnya NERAKA itu. Ketawa terbahak bahak menunjukkan kebodohan.
(petikan daripada "Hidupo Sesudah Mati." - Bey Ariffin)

Dunia ini merupakan penjara bagi orang Mukimin, dan Syurga bagi orang Musyrik.

Semoga menjadi pedoman untuk diamalkan dan disampaikan.

Ya ALLAH, Ya Khaliq, jauhilah kami dari godaan SYAITAN, dari FITNAH DAJJAL, dari Fitnah DUNIA, dari amalan yang tidak diterima, dari AZAB KUBUR, dari API NERAKA .ALLAH SWT sebaik baik TEMPAT MEMINTA DAN BERLINDUNG.